Wednesday 18 January 2012

Kita Kawan sajalah




Pastinya ayat atau ‘line’ ini sudah agak lazim didengari, especially bagi mereka yang mendapat rejections atau cinta yang tak berbalas.
In a way, untuk menjaga hati atau secara lembut penolakan cinta itu, salah satu cara yang digunakan adalah dengan berkata, konon-kononnya,
  • ‘Kita masih boleh berkawan…kita tetap akan jumpa… you takkan kehilangan I…kita akan tetap berkawan sampai bila-bila!”
Kata-kata sebegini sebenarnya adalah berada di dalam kategori “REJECTIONS” sebenarnya. Cara lembut untuk menolak agar orang yang meluahkan rasa cinta itu tidaklah kecewa sangat.
Namun, sebenarnya…
Mereka hanya memanjangkan sahaja waktu sebelum dia yang ditolak cintanya itu menjadi berlipat kali ganda kecewanya. Malah bagi mereka yang akhirnya tersedar, akan merasa teramat bodoh dan begitu terpedaya!
Kesian tengok mereka sebenarnya apabila begitu lega selepas cinta yang terpendam sekian lama akhirnya dapat diluahkan… kemuadian, respon dia pulak…
•    I belum bersedia lagi
•    I belum terfikir lagi untuk bercinta
•    Berilah sedikit masa untuk I fikirkan
•    I lebih selesa jika kita hanya berkawan
What do you do bila respon yang diterima, berbentuk jawapan-jawapan seperti di atas? - You pun cakap pada diri sendiri, “YES! MASIH ADA PELUANG NI!”
Bertahun-tahunlah you menunggu dia…berkawan dengan dia.  Sedangkan you tidak menyedari yang cinta sedang ditolak mentah-mentah. – The fact that dengan hanya memberi label ‘KAWAN’ selepas luahan cinta, anda tidak sepatutnya masih menaruh harapan.
Ingatlah, semua kata-kata sebegitu adalah bermaksud, “NO, I’m not interested!” – tapi takkan dia nak cakap macam tu kan, lagilah you terasa kecewa hehehe….

0 comments:

Post a Comment

 
;