Tuesday 6 March 2012

Hakikat Sebuah Keidupan Di Bumi Allah


Assalammualaikum Semua readers yang sedang membca entry kali ini. Hari ini Izinkan aku Amirul Syahid untuk berceloteh serba sedikit mengenai hakikat sebuah kehidupan di bumi Allah ini . Kita cuma insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. aku harap entry aku ini dapat memberi kesedaran kepada orang lain juga kepada diri aku yang lemah ini .


Kehidupan yang penuh pancaroba ini merupakan satu tunjang untuk kita berusaha inginkan yang terbaik. Sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan kesilapan kepada manusia mahupun kepada Allah S.W.T. Ramai di antara kita mempunyai pendapat yang berbeza mengapa kita perlu melakukannya. Adakah salah atau betul?. Hanya fikiran yang konsisten sahaja akan menyatakannya.


Manusia yang telah lahir di dunia ini mempunyai tiga tanggungjawab iaitu terhadap Allah S.W.T.. Kita diseru untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T. termasuklah patuh pada segala perintahnya dan jangan banyak soal dengan pertanyaan-pertanyaan kenapa dan mengapa. Sikap yang merendah diri, berilmu dan sedar Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa menjadi pemangkin yang efektif kepada diri sendri. Terpulanglah pada empunya badan mengkehendakkan yang benar atau sebaliknya. 



Tanggungjawab seterusnya ialah jangan suka merosakkan diri kerana tubuh badan ini merupakan amanah daripada Allah S.W.T. yang amat berharga malah mungkin tidak ada yang setarafnya. Kita diminta menjaganya dan jikalau ia terseksa, tubuh badan kita akan menyalahkan diri kita di hadapan Allah S.W.T. kelak. Kita tidak mahu akan sebegini rupa bukan? Oleh sebab itulah apabila kita membuat kesalahan, kita akan dikutuk dan jikalau sikap sombong kita tidak akan disukai. Percayalah bahawa apabila kita berbuat baik sesama makhluk, orang akan menyanjungi dan mengenangkan kebaikan kita. Ingatlah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali'. 






Akhir sekali, tanggungjawab terhadap keluarga iaitu saling sayang menyayangi dan hormat- menghormati dalam keluarga itu perlu sebab dan itulah permulaan sesebuah tanggungjawab. Ungkapan Rumahku, syurgaku menjadi tonggak sesebuah keluarga yang lengkap dan harmoni. Hal ini kerana, rumah yang cantik ialah rumah yang dipagari oleh cinta, berdindingkan kasih sayang, beratapkan kepercayaan dan senyum penghuninya yang akan menerangi rumah itu. Tuntasnya, kita dilahirkan di dunia yang fana ini bukanlah hanya kerana sia-sia tetapi ada tanggungjawab dan hikmah disebaliknya yang memerlukan kita berfikir dan bertindak untuk menghadapinya.



0 comments:

Post a Comment

 
;