Tuesday, 26 July 2011

Kebuhsanan Melande...

Time Table...



ginie r time table aq...ad jer 'gap' klas...

da r buhsan nunggu...p xper tragedi smse sem3 brulang ag....ap ag 'boom' klas r....mlm bwu stdy pe yg mmbe blaja d siang hry...hak3...




'KAKI BOOM' antarenyer:



Abah (amda)
Along (jai)
Angah (mizi)
Achik (myrul)









           Katana...




Katana (刀) adalah pedang panjang Jepun (daitō, 大刀), walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji 刀; onyomi (Sebutan Cina) adalah tō. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.


Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba. Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran.

0 comments:

Post a Comment

 
;