Tuesday, 28 June 2011

Insan Yang Bergelar Ayah

Ayah..
Terima kasih di atas segalanya 
Kau tidah pernah mengeluh 
Malah sentiasa tersenyum 
Walau digamit keperitan




Ayah..
Kini segala pengorbananmu hampir terbalas 
Anakmu kini berjaya ke menara gading 
Dan percayalah akan kujunjung setiap pengorbananmu itu 
Yang pasti aku tak pernah lupakanya




Dan kini aku begitu merinduimu 
Walaupun kita berjauhan 
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini 
Demi masa depanku dan harapanmu




Namun percayalah ayah 
Anakmu dirantauan ini 
Tidak pernah sesekali melupakanmu 
Dan percayalah aku begitu menyayangimu...

*w/pon aquwh xpenah smbut tp ttp kuhargai pngorbananan beliau(Mohd Shuaib Bin Hj.Jamhari) 'SELAMAT HARI BAPA'

0 comments:

Post a Comment

 
;